Tuesday, November 8, 2011

Sejarah penulisan saya


Wah! Saya dah ada 1st follower, iaitu Adila Ayl yg saya minati. Boleh dikatakan hari2 saya bukak blog www.adilaayl.com to read her update about macam2. She is a good blogger and I wish I can be like her -pretty, byk anak, banyak kasut n handbags (it is just soooo perfect!). So, many thanks to Ayl Aziz (cmne nk letak link ni?) for following me. U just gives me a SEMANGAT to write.

Sebenarnya saya suka menulis. Dari dulu lagi. Saya suka meluahkan perasaan melalui writing. Dulu saya jenis yg susah sangat nk luahkan apa-apa perasaan saya pada siapa2 termasuk yg terhampir dengan saya. So, sehelai kertas dan sebatang pen biru menjadi teman perasaan saya. Saya bermula dengan kertas yg dah digunakan, ataupon belakang2 buku, ataupon tengah2 buku (supaya senang nk koyak nanti) untuk coretkan perasaan saya sampailah masa Form 1(1997) saya jadikan sebuah buku pendek (buku tulis garis-garis) sebagai diari hati saya.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari di sekolah saya menjumpai diari saya di-‘hack’ oleh senior( yg duduk di tempat sama pada sesi pagi. Bagaimana dia ‘hack’ adalah dengan mengomen dan memberi nasihat di atas luahan hati saya di diari itu. Saya xpasti apa yg betul saya rasa pada ketika itu, mungkin dinodai-sebab itu RAHSIA saya. Kesannya, saya koyak2kan dan buang masterpiece saya tu dan tak menulis lagi- SERIK. Salah saya meninggalkan naskah rahsia itu kat sekolah. Bila fikir balik, menyesal lak saya lupuskan masterpiece saya tu- ada lukisan, puisi yg dicipta sendiri, lirik2 lagu yg disalin untuk represent perasaan saya pada saat itu dan lain2 lagi. Jika masih ada sekarang pastinya ia akan menjadi naskah yg bersejarah dan bernilai untuk diri saya.

Menginjak usia remaja semasa saya study di tahun 2 UTM Jalan Semarak (2005), saya menjadikan semula pena dan kertas sebagai teman saya dan secara automatik saya ‘pulih’ dari phobia menulis setelah 7tahun. Buku tu dinamakan Death Note, free gift beli majalah Kreko. Masih ada di simpanan saya meskipun dah berkali-kali rasa nk buang kerana sebab2 tertentu, namun terimalah seadanya sebab itu mmg sebahagian dari hidup saya dan tak mahu kekesalan melupuskan diary hati muncul kembali.

Dan kini, tahun 2011 saya mula menulis lagi kali ini dengan versi yang baru. Tidak lagi digunakan untuk sekadar luahan perasaan, tapi lebih kepada perkongsian kisah hidup. Hidup kita berbeza-beza. I read yours, u read mine. Mungkin ada sesuatu yg kita boleh pelajari.

No comments:

Post a Comment