Monday, September 10, 2012

Lagu Hidup


 

Uols ada lagu hidup? Iaitu lagu yg mengiringi perjalan hidup uols. Each time dengar uols akan mengimbau kenanangan masa lalu?

 

Iols ada….

 

Contoh.

 

  1. Tiap-tiap kali dengar lagu Mungkinkah terjadi by Spider Iols akan kembali pada zaman form 3 (1999). Lagu tu memang ngetop time tu n ada kisah di sebalik lagu tu…cewahhhh…..
  2. kalo dengar lagu Ku Bahagia by Melly Goeslow pulak Iols akan teringat menari2 sambil melompat2 atas bukit depan Asrama Tun Teja dengan click Iols  masa kt Kolej Mara Kulim. Siti Mahfuzah, Nur Zinnirah, Rafidah Shahperi, Nurul Himmah.. ohh…rindunya….
  3. lagu Dekat Padamu – Yusry KRU pulak mengimbau kenangan kelakar masa dip kat UTMKL. Kalo dengar lagu tu, sekali dengan gerak tari yg kitorang cipta ter recall..hahaha...Dila Farhana, Nor Afiza Muradee, Juliana Liza, Siti Aisyah, Maizatul Asnie pasti akan dikenang sekali dengan kes felo asrama..hahaha…
  4. kalo lagu Where is the Love pulak iols igt kt Siti Rohayu n Siti Aisyah n aktiviti nakal kami masa tu.
  5. Masa degree pulak banyak sangat lagu(maklumla time tu berjinak2 dengan dunia karaoke) tapi each time lagu Mengapa by Nicky Astria mesti ingat Siti Rohayu n Siti Sumaiyah..:)
  6. Lagu pertemuan Iols dengan suami (oh!malunya..) is lagu What U Waiting For by Mizz Nina n Colby O’Donis. Each time dengar lagu ni mst rasa malu2…boleh?
  7. terkini, lagu Harapan by Hyper Act. Lagu ni kenangan bersama anak sulung kesayangan semasa dia dlm kandungan. Balik rumah lepas kerja layan Seindah Sakura OST dia lagu ni… Each time dengar mesti mengalir air mata. Ummi rindu Muhammad Izzul Haq. Al-Fatihah.

1 comment: